Pengikut-pengikut

Tuesday, February 16, 2016

Terima kasih Coach...

Bermula dari sukan SISEM Zon Utara di Kulim coach nie sempat mengajar sekali dua kepada pasukan... kemudian tahun lepas coach ni juga banyak bagi komitmen yang cukup hebat kepada semua pemain... coach ni penganti ketika coach Rajan tiada di mana mempunyai komitmen kepada Sungai Ara Fc tahun 2014 dan awal tahun ni coach Rajan mempunyai komitmen dengan Belia Penang...


Dengan ini pasukan JMTI soccer mengucapkan ribuan terima kasih yang teramat kepada Coach Bashkaran yang banyak memberi tunjuk ajar kepada pemain bagaimana untuk bermain... walaupun cukup tegas di padang... coach Baz banyak memberi semangat kepada pemain untuk terus maju dan berdisplin dalam bolasepak jika untuk berjaya...

Semoga coach Bash terus berjaya dalam kerjaya jurulatih bolasepak Pulau Pinang.... terima kasih coach... jasa mu dikenang....



JMTi Soccer Mengamuk di Permatang Rawa...

Tahun kedua pasukan JMTI soccer masuk Liga Bukit Mertajam Divisyen 3... kali ini di letakkan dalam group A....


Perlawanan pertama pasukan JMTI FC berlangsung dalam keadaan cuaca yang sangat baik... rata2 semangat pemain JMTI soccer dalam tahap yang tinggi dengan catatan perlawanan persahabatan sebanyak dua kali... dengan keputusan kalah tipis kepada pasukan UITM 5-4... dan menang tipis dengan kilang IOI dengan 1-0 saja...

JMTI soccer turun bersama coach Baz yang mengambil alih coach Rajan... walaupun mempunyai masalah kewangan pasukan JMTI soccer terus memberi komitmen kepada coach Baz sepanjang bulan Januari... Okay la aku nak cerita kemenangan pasukan JMTI ke atas Smart FC... memang pasukan nie di hormati kerana di bimbing oleh coach yang bukan calang-calang orangnya... coach Jelani...

Alhamdullillah pasukan JMTI FC berjaya menang perlawanan pertama dengan jaringan 5-0 dengan jaringan dari pemain-pemain berpengalaman bersama pasukan JMTI sejak dari tahun lepas... jaringan oleh Chong 1, Kiren 2, Yob 1 dan goal dari kapten marvelous JMTI Alip 1...

Di harap pasukan JMTI dapat mengekalkan rentak kemenangan untuk perlawanan seterusnya dan mencapai impian bergelar JUARA... insha Allah....










Monday, January 11, 2016

Liga BM 2016 Divisyen 3...

Undian telah dibuat... nampak nya tahun 2016 JMTI fc duduk dalam kumpulan yang boleh dikatakan terbaik gak la... ini tahun kedua pasukan JMTi fc mencuba nasib dalam Liga BM Divisyen 3.... 

Diletakkan dalam kumpulan A tahun 2016 bersama BM Veteran, RGT, Smart 'B' dan Tasek Gelugor... team-team yang duduk dalam kumpulan A ni kebanyakan nya adalah pasukan yang berpengalaman dalam dunia liga di Pulau Pinang nie... masing-masing hebat... 

Orang kata bola itu bulat... apa pun lawan tetap lawan... target CHAMP kumpulan A dulu.... lepas tue pikir lain... tahun lepas dalam kumpulan C mampu tempat 4 dari 6 team yang main... layak ke peringkat seterusnya tapi tewas dipusingan kalah mati... 


Friday, January 8, 2016

Kalendar 2016 JMTI soccer...

Muka hadapan kalender 2016 JMTI soccer..

Pasukan JMTI soccer ketika di SISEM ILP Kota Baru, Kelantan...

Pertama kali Johan Zon Utara 2013 anjuran ILP Nibong Tebal...

1st Eleven yang menjadi JOHAN zon Utara pertama kali..

Kenangan di Final Stadium Sultan Mohd ke-empat Kota Baru.... 

Padang SISEM 2014 di USM Kota Baru

Final 2014 Zon Utara di Stadium Keladi, Kulim....

Latihan bersama coach Bashkaran...

Perlawanan persahabatan bersama pasukan SPAIN (MSI)...

Perlawanan terbaik dari pasukan luar dari PENANG datang jauh... Arslan FC

I-Friend FC team veteran terbaik nie... 

Di Mini Stadium Permatang Rawa... perlawanan kalah mati LIGA BM divisyen 3

Kenangan bersama Coach Rajan 2015...